Tuesday, September 30, 2014

BAGAIMANA PANAU TERJADI DAN BAGAIMANA MAHU MENANGANINYA??

HILANGKAN DAN CEGAH PANAU DENGAN SHAKLEE


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Hari ini ida nak kongsikan tentang panau kerana suami ida juga mengalami masalah panau di bahagian belakang badan dan atas bahu di bahagian depan badan.. Mula asalnya hanya sedikit sahaja panau tersebut tetapi lama kelamaan menjadi semakin banyak.. Terdapat banyak juga petua yang boleh digunakan untuk merawat panau ini, nanti ida kongsikan.. Sekarang jom kita kaji bagaimana panau tersebut terjadi, dan adakah panau ini boleh berjangkit??



APAKAH YANG MENYEBABKAN TERJADINYA PANAU??


Panau adalah sejenis penyakit kulit yang sering terjadi di lapisan kulit luar yang disebabkan jangkitan kulat Malassezia.. Kulat ini dapat ditemui di bahagian kulit yang menghasilkan banyak sebum (minyak) seperti di bahagian belakang badan, bahagian dada, muka dan kulit kepala.. Malassezia furfur ini adalah sebahagian flora kulit yang normal dan boleh menyebabkan jangkitan pada keadaan tertentu.. Untuk pengetahuan anda, rupa panau adalah seperti tompok-tompok pucat (putih atau merah jambu) atau gelap (perang atau hitam) dengan permukaan berdebu halus.. Tompok-tompok panau berbentuk bulat atau bujur dan kadang kala ada yang bercantum dan menyebabkan kawasan panau tersebut semakin besar.. Ada sesetengah pesakit akan berasa gatal di bahagian tersebut jika dalam keadaan berpeluh..


Panau boleh terjadi di semua peringkat umur tetapi ia lebih kerap berlaku kepada remaja dan belia.. Pesakit yang lebih kerap di jangkiti panau adalah yang kekurangan zat makanan atau yang mengamalkan ubat-ubatan seperti steroid sistemik dan immunosuppressant dan tidak kurang juga pesakit hyperhidrosis dan yang berpeluh berlebihan.. Panau ini tidak berjangkit, namun anda perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengelakkan daripada :-
  • Berkongsi tuala mandi
  • Mandi tanpa menggunakan sabun
  • Elakkan daripada memakai baju yang sama (tidak dibasuh) berulang kali
  • Membasuh muka atau mandi ketika badan sedang berpeluh

PETUA TRADISIONAL HILANGKAN PANAU


Terdapat juga petua-petua yang anda boleh mencuba untuk menghilangkan masalah panau tersebut.. Antara petua tersebut adalah :-

1- BAWANG PUTIH
  • Ambil beberapa biji bawang putih dan dikupas kulitnya.. Hiriskan atau di tumbuk lumat dan sapukan di bahagian panau tersebut.. Biarkanm kering dan bilas sehingga bersih.. 

2- DAUN GELENGGANG
  • Ambil beberapa keping daun gelenggang, ramas atau tumbuk daun tersebut dan sapu di tempat panau tersebut.. Anda boleh juga tambahkan sedikit minyak tanah tanpa menggunakan air. ketika tumbuk daun gelenggang tersebut.. Akan terasa pedih sedikit..

SET PANAU SHAKLEE


Selain daripada menggunakan petua tradisional, anda juga boleh mencuba mengamalkan supliment untuk membantu mengurangkan dan sekaligus menghilangkan masalah panau anda.. Shaklee mempunyai SET PANAU yang dapat membantu menyelesaikan masalah panau anda.. Sambil mengamalkan petua tradisional, anda boleh merawatnya daripada dalam dengan mengamalkan Set Panau Shaklee.. Antara Set Panau Shaklee adalah seperti berikut :-

1- ESP - Mengandungi protin yang membantu membina sel-sel yang sihat..


2- ALFALFA COMPLEX - Bersifat anti kulat untuk melawan jangkitan kuman..


3- GARLIC - Mengandungi bahan semulajadi bagi melawan fungus dan kulat..


4- VITA C - Membantu tubuh melawan infeksi kulat..


5- HERB-LAX - Membantu tubuh untuk detoksifikasi toksin..


6- ZINC COMPLEX - Menghalang fungus dan mempertingkat sistem imun..






                                              SAYA NAK BELI SET PANAU SHAKLEE

  
ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA?? JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA  

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim 
H/P no: 0179563621 / 01115438750 
ID Shaklee: 1085175 

KHASIAT MAKANAN MENGIKUT WARNA

PELBAGAI JENIS MAKANAN MEMBERI KELAINAN KHASIAT


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Adakah anda tahu bahawa warna sayur dan buah yang diambil memberi pelbagai khasiat kepada tubuh.. Dalam perbaiki kesihatan, anda di sarankan untuk mengambil 3 - 5 jenis hidangan sayuran dan buahan setiap hari.. Namun anda perlu tahu, bukan kuantiti yang di utamakan tetapi kepelbagaian warna makanan memainkan peranan juga.. Disebabkan itu, anda disarankan untuk mengambil pelbagai jenis hidangan di dalam menu harian anda kerana tujuan utamanya adalah agar tubuh anda mendapat pelbagai jenis khasiat dari kepelbagaian warna makanan tersebut lantas memberi kebaikan kepada kesihatan dalaman anda..

Untuk pengetahuan anda, sekiranya anda hanya gemar mengambil makanan yang berwarna merah, kemungkinan untuk anda mengalami kekurangan nutrien tertentu yang diperlukan oleh tubuh.. Walaupun makanan yang ambil itu mengandungi epal dan tomato tetapi ia tidak berupaya untuk membekalkan nutrien lain yang terdapat dalam warna makanan lain kepada tubuh anda.. Disebabkan itu, anda perlu mempelbagaikan warna makanan anda supaya mendapat segala khasiat yang diperlukan tubuh anda..

WARNA BUAH DAN SAYUR

Jom kita pelajari khasiat yang terdapat dalam pelbagai warna buak dan sayur agar kita lebih prihatin dalam menyediakan menu harian untuk keluarga tercinta.. 

WARNA KUNING

Pisang, nenas, limau manis dan jagung adalah antara jenis buahan yang dicipta dengan berwarna kuning.. Buaha-buahan ini mengandungi vitamin C yang cukup baik untuk melindungi sel tubuh.. Kandungan potassiumnya juga bagus untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan membantu mengurangkan pembentukan plak di dalam arteri.. Selain itu, makanan berwarna kuning juga mengandungi beta-crytoxanthin yang diklasifikasikan secara kimia sebagai xanthophylls iaitu agen anti-kanser yang mampu meningkatkan fungsi jantung..
Buah pisang membekalkan vitamin B6 mampu mengawal hormon manakala bromelain yang terkandung di dalam nenas dan papain yang dijumpai di dalam betik merupakan enzim proteolitik yang membantu tubuh meningkatkan fungsi penghadaman..

WARNA JINGGA

Sayur atau buah yang tergolong dalam warna jingga adalah seperti lobak merah, oren, labu, mangga, betik dan aprikot mengandungi beta-karotene sejenis karotenoid.. Tubuh dapat menukarkan beta-karotene kepada vitamin A jika diperlukan.. Disamping itu, beta-karotene juga merupakan agen anti-oksidan yang membantu melindungi badan daripada kebanyakan jenis kanser dan penyakit jantung, malah mampu memperlahankan kemaraan penyakit berkaitan mata..


WARNA HIJAU

Glucosinolates, sulforaphane, isothiocyanates dan indoles antara komponen yang wujud dalam kumpulan makanan berwarna hijau.. Glucosinolates merupakan bahan kimia tumbuhan yang mempunyai aktiviti anti-karsinogenik.. Manakala, sulforaphane dan isothiocyanates adalah agen anti-oksidan dan perangsang enzim menyahtoksik semulajadi.. Indoles pula adalah untuk mengelakkan sel-sel tubuh daripada mengalami kerosakan dan penyakit kanser.. Semakin gelap warna hijau pada sayuran, semakin banyak klorofil dan semakin besar kelebihannya sebagai agen anti-oksidan..
Kebanyakan sayuran cruciferous seperti brokoli, kubis dan kubis bunga mampu mengurangkan risiko anda untuk menghidap kanser.. Brokoli kaya dengan vitamin A, C, beta-karotene dan asid folik.. Kubis tidak mengandungi kolestrol, berkalori rendah dan merupakan sumber vitamin C yang bagus manakala, kubis bunga pula merupakan sumber folat yang baik..

WARNA PUTIH 

Bawang putih, bawang merah, kucai dan bawang perai (leek) adalah golongan makanan warna putih.. Antara makanan lain yang tergolong didalam kumpulan warna putih adalah seperti tauhu, keju rendah lemak, yogurt dan susu yang sangat bagus utnuk tubuh kerana mengandungi banyak flavonoid yang dapat melindungi membran sel..
Kebanyakan makanan di dalam kumpulan ini mengandungi allyl sulfides di mana sebatian sulfur ini menjadikan makanan berasa berasa pedas atau berbau tajam.. Bagaimanapun, makanan dalam kumpulan ini merupakan agen anti-tumor..


WARNA UNGU-BIRU 

Anggur unggu, beri biru, beri hitam, raspberi, kranberi, plum, prun, kismis, blackcurrant, terung dan kubis ungu adalah dalam kumpulan warna ungu-biru.. Anthocyanin yang menyebabkan kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna merah, violet (ungu), ungu dan biru.. Ia adalah merupakan pigmen yang mudah larut dalam air dan mampu memantulkan warna merah hingga ke biru.. Anthocyanin berfungsi sebagai agen anti-oksida di mana ia mampu melindungi tubuh daripada penyakit jantung, kanser dan masalah penuaan..
Anggur dan kismis mengandungi magnesium yang sangat diperlukan untuk pergerakan najis yang baik apatah lagi kulit anggurterbukti juga merupakan julap semulajadi yang baik.. Malah kandungan airnya juga sangat banyak sehingga mampu meningkatkan jumlah cecair yang diperlukan oleh tubuh.. Terung pula mengandungi pectin yang berupaya menurunkan kadar kolestrol dan asid hempedu di dalam usus lalu menyingkirkannya dari tubuh..


WARNA MERAH

Sayur dan buah berwarna merah mengandungi banyak pigmen khusus untuk melawan penyakit.. Pigmen tersebut dikenali sebagai lycopene yang berperanan menjaga kesihatan sel dan mampu mengurangkan risiko kanser.. Disamping itu, ia turut bertindak sebagai agen anti-oksidan yang membantu tubuh menyerap radikal bebas dan memperbaiki sel-sel badan yang telah rosak.. 
Selain itu, lycopene juga mampu melakukan proses nyahtoksik yang dapat menghalang penghasilan sel-sel barah.. Tomato, strawberi, tembikai, epal, anggur merah, ubi bit dan cili merah adalah antara sayur dan buah yang mengandungi lycopene.. Terdapat juga buah yang bukan berwarna merah mengandungi lycopene contohnya adalah jambu batu tetapi, kandungan lycopene di dalam jambu batu amat rendah berbanding sayur dan buah berawrna merah..

       
   
ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA?? JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA  

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim 
H/P no: 0179563621 / 01115438750 
ID Shaklee: 1085175 

Monday, September 29, 2014

SET KESUBURAN SHAKLEE

TINGKATKAN KESUBURAN DENGAN SHAKLEE


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..

Adakah anda sudah lama berkahwin dan masih lagi tiada tanda-tanda untuk hamil?? Untuk pengetahuan anda, sekiranya setelah enam bulan anda berkahwin dan masih tiada rezeki dikurniakan anak, anda dan suami perlu segera berjumpa dengan doktor untuk menjalani pemeriksaan untuk mengetahui masalah dan punca ketidaksuburan anda dan suami.. Untuk mengetahui masalah kesuburan anda, anda boleh rujuk di sini PUNCA KETIDAKSUBURAN LELAKI dan
PUNCA KETIDAKSUBURAN WANITA.. Setelah anda mendapatkan pemeriksaan dengan doktor untuk mengetahui tahap kesuburan anda, barulah senang untuk anda merawat masalah ketidaksuburan anda itu..

Terdapat pelbagai cara untuk anda mendapatkan rawatan kesuburan dan ada cara tradisional malah tidak kurang juga cara moden.. Anda boleh rujuk disini untuk mengetahui
CARA RAWATAN TRADISIONAL dan CARA RAWATAN MODEN.. Anda juga boleh mencuba rawatan yang akan dicadangkan oleh doktor seperti IUI, IVF dan ICSI.. Sekiranya anda tidak mengalami masalah kesuburan, anda boleh mencuba MENGENALI WAKTU SUBUR anda.. Dengan cara mengenal waktu subur anda dapat meningkatkan peluang untuk anda hamil..

Selain daripada itu, anda juga boleh MENGAMALKAN PEMAKANAN SEIMBANG untuk meningkatkan lagi peluang untuk anda hamil.. Dengan cara ini, anda dapat mengalami fasa kehamilan dengan tubuh yang sihat dan bersedia untuk menghadapi tekanan sewaktu bersalin.. Di samping itu, anda juga boleh mencuba meningkatkan peluang kehamilan dengan mengambil supliment yang dapat membantu anda tingkatkan tahap kesuburan anda.. Supliment yang anda boleh mencuba adalah dari produk shaklee

SET KESUBURAN BAJET SHAKLEE

Bagi anda yang mempunyai bajet lebih, anda boleh mengambil set penuh kesuburan shaklee.. Anda boleh klik di sini untuk mengetahui SET KESUBURAN SHAKLEE SUAMI ISTERI.. Bagi yang mempunyai bajet yang kurang, anda boleh mencuba Set kesuburan bajet shaklee ini.. Antara set kesuburan bajet shaklee dan kebaikan produk ini adalah seperti berikut :-

1- GLA COMPLEX (UNTUK ISTERI)
  •  Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu mengembalikan kesuburan wanita
  • Membantu melegakan sindrom pra-haid atau PMS
  • Membantu dalam menangani masalah menopaus
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Membantu daya tahan lawan penyakit

harga runcit RM91.25

2- ZINC COMPLEX (UNTUK SUAMI)
  • Mematangkan organ pembiakan lelaki.. Kekurangan zink akan melambatkan organ tersebut matang
  • Mengelakkan mati pucuk
  • Menghasilkan sperma yang banyak dan berkualiti
  • Meningkatkan fungsi pembiakan
  • Mengurangkan keguguran rambut yang boleh menyebabkan botak
  • Mengaktifkan 200 jenis enzim
harga runcit RM33.75


                                           SAYA NAK BELI SET KESUBURAN BAJET


sumber   http://hargasetbersalin.blogspot.com/2013/10/set-kesuburan-shaklee-bajet-rm.html


ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA?? JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim 
H/P no: 0179563621 / 01115438750 
ID Shaklee: 1085175 

ANTARA MAKANAN UNTUK PERSEDIAAN HAMIL

17 TIPS MUDAH BUAT SUAMI ISTERI


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Amalan pemakanan sihat amat perlu dititikberatkan sebelum anda merancang untuk hamil.. Amalan ini tidak mengira sama ada suami atau isteri, kedua-duanya perlu mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.. Untuk pengetahuan anda, amalan pemakanan yang sihat dapat dikaitkan dengan tahap kesuburan seseorang itu.. Dengan pemakanan yang sihat, anda dapat menjalani fasa kehamilan yang sihat dan cergas.. Disebabkan itu, amat penting untuk anda dan suami mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.. Sebelum ini juga ida ada kongsikan perkara yang anda perlu buat sebelum hamil dan di dalam entry tersebut juga mengatakan pentingnya amalan pemakanan yang sihat.. Anda boleh baca di sini PANDUAN SEBELUM HAMIL.. Jom ikuti beberapa tips yang anda boleh lakukan untuk meningkatkan tahap kesuburan anda..


1- PERBAIKI GAYA MAKAN ANDA
Anda dan suami perlu merancang diet dengan merancang pemakanan yang sesuai di ambil, sebaiknya makanan lemak perlu di jauhi dan melebihkan pengambilan serat.. Anda perlu mengambil hidangan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu, yogurt dan keju didalam hidangan harian anda..
Kekurangan sumber nutrien di dalam badan akan mempengaruhi kitaran haid yang menyebabkan anda sukar untuk meramal hari subur anda.. Disamping itu, sesetengah vitamin dan mineral seperti vitamin C dan E, zink dan asid folik dapat membantu membentuk sperma yang sihat dan berkualiti..

2- AMALKAN SUPLIMENT TAMBAHAN
Walaupun anda merasakan bahawa anda telah mengambil nutrien pemakanan yang mencukupi menerusi diet yang seimbang, anda disarankan untuk mengambil supliment tambahan.. Dengan cara ini, anda dapat meningkatkan peluang kehamilan anda dengan mendapat sumber asid folik dan nutrien lain di dalam supliment tersebut..

3- MENGAMBIL ASID FOLIK
Kebanyakan doktor akan mencadangkan untuk mengambil asid folik seawal tiga bulan sebelum kehamilan kerana asid folik ini terbukti dapat mengurangkan risiko kecacatan saraf seperti spina bifida.. Malah ia juga dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, kanser dan kencing manis.. Asid folik ini juga amat penting di dalam tigu bulan pertama kehamilan, malah asid folik ini juga dapat meningkatkan peluang untuk anda hamil.. Sekurang-kurangnya anda perlu mengambil 4mg asid folik setiap hari malah jika dalam keluarga anda mempunyai sejarah kecacatan saraf, anda dinasihatkan untuk mengambil asid folik dalam dos yang tinggi..
Anda perlu rujuk dengan doktor untuk mengetahui dos yang bersesuaian.. Asid folik adalah sejenis vitamin larut air maka tubuh anda akan membuang lebihan asid folik yang tidak digunakan.. Jika anda memasak sayuran yang mengandungi asid folik, jangan menggunakan air terlalu banyak untuk mengelakkan pembaziran asid folik yang terlarut di dalam air..

4- BERAT BADAN IDEAL
Bagi yang mempunyai berat badan berlebihan, anda perlu mengurangkan berat badan anda ke tahap ideal.. Manakala, bagi yang mempunyai berat badan yang kurang, anda perlu menambahkan sedikit berat anda ke tahap yang bersesuaian.. Untuk mendapatkan berat badan yang ideal, ianya amat penting kerana ia mempengaruhi tahap kesuburan anda.. 
Sekiranya berat anda berlebihan, anda dikhuatiri akan mengalami komplikasi ketika hamil dan jika terlalu kurus, dikhuatiri akan melahirkan bayi tidak cukup berat ataupun pramatang.. Bagi yang mempunya berat badan berlebihan, anda boleh melakukan rutin senaman yang teratur dan mencuba mengurangkan berat badan setengah kilogram dalam tempoh seminggu.. Namun, jika anda menurunkan berat badan secara drastik akan menyebabkan ovulasi tidak berlaku..

5- JAUHI TABIAT BURUK
Sekiranya anda mahupun suami anda mempunyai tabiat buruk seperti merokok, minum alkohol dan pengambilan dadah atau ubat-ubatan melainkan atas nasihat doktor, anda perlu tinggalkan tabiat buruk tersebut.. Anda juga perlu mengurangkan pengambilan kafein dan jauhi rokok dan golongan perokok kerana ia bakal memberi kesan jangka panjang kepada kandungan anda..

CARA PEMAKANAN ISTERI

Kekurangan zat dan nutrien boleh mengganggu kitaran haid dan ini menyukarkan anda untuk mengira waktu subur anda.. Jadi, ambil perhatian dalam jenis pemakanan yang anda perlu amalkan..

ASID FOLIK

Ia boleh diperolehi daripada sayuran hijau, buahan sitrus, kekacang, bijirin, beras perang, ayam, telur, susu, keju, daging kambing, daging lembu, ikan salmon, ikan tuna, hati lembu dan hati ayam..

ZAT BESI DAN PROTIN

Sayur bayam sangat kaya dengan zat besi.. Mnakala untuk protin pula ada boleh dapati daripada makanan tenusu, telur dan soya..

MAKANAN LAIN

Antara makanan lain yang membantu dalam menggalakkan tahap kesuburan wanita adalah tauge, kacang dal dan kacang botol..

DIET SUAMI MENGANDUNGI ZINK

Zink berfungsi dalam menghasilkan kualiti sperma yang bagus dan sihat..Zink membantu dalam meningkatkan hormon testosteron dan jumlah semen lelaki.. Jumlah keperluan harian dalam pengambilan zink adalah 11mg.. Antara makanan yang bayak mengandungi zink adalah seperti strawberi, kekacang, makanan laut, daging merah dan tiram.. Disamping itu, terdapat juga vitamin yang mengandungi zink seperti asid amino, vitamin A, vitamin B6, vitamin B12, vitamin C, vitamin E dan folate.. Sekiranya suami anda mengambil supliment zink, elakkan daripada mengambil kalsium atau susu secara serentak kerana kalsium mengurangkan penyerapan zink ke dalam tubuh..

BETIK

Betik mengandungi vitamin C yang baik untuk meningkatkan kualiti sperma dan jika dijadikan amalan pengambilan vitamin C ini dapat mengeluarkan sperma yang sihat.. Asid folik, kalsium dan vitamin D adalah nutrien yang baik untuk meningkatkan penghasilan sperma..

KOPI

Ia dipercayai mampu meningkatkan keaktifan sperma namun tidak digalakkan untuk mengambil secara berlebihan..

MAKANAN DAN PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN

Terdapat beberapa perkara yang perlu dielakkan sekiranya anda dan suami merancang untuk hamil dan mendapatkan zuriat yang sihat..

KAFEIN

Terdapat satu kajian di Amerika yang mendapati dengan pengambilan kafein lebih daripada tiga cawan sehari akan mengurangkan peluang anda untuk hamil sehingga 27% berbanding dengan bukan peminum kafein..

ALKOHOL

Anda perlu mengelakkan pengambilan alkohol untuk tempoh tiga bulan sebelum anda cuba hamil.. Sekiranya si suami mengambil alkohol dalam jumlah yang berlebihan akan menjejaskan sperma dengan merendahkan paras testosteron.. Malah untuk jangka masa panjang, buah zakar akan menjadi lemah..

ROKOK

Perokok selalu dikaitkan dengan kemandulan dan di Finland mendapati satu kajian bahawa 41.9% lelaki yang merokok adalah mandul.. Malah lelaki akan mengeluarkan sedikit sahaja sperma ketika ejakulasi dan si perokok perlu berhenti merokok tiga bulan sebelum merancang untuk hamil..

IKAN YANG MENGANDUNGI MERKURI

Terdapat beberapa ikan yang mengandungi kandungan merkuri yang tinggi seperti todak, jerung dan makerel.. Sekiranya merkuri berkumpul di dalam tubuh, ia akan membahayakan dan memudaratkan bayi yang bakal di kandung itu.. Anda boleh memakan ikan rendah kalori seperti salmon dan tuna..

MAKANAN TERTENTU

Makanan lain yang perlu dielakkan adalah seperti daging yang diproses (daging dalam tin, rendang segera, daging salai), sushi mentah dan produk tenusu tidak dipasteur (keju lembut).. Makanan tersebut berkemungkinan mengandungi bakteria merbahaya seperti listeria yang boleh mengakibatkan listeriosis.. Jangkitan ini boleh menyebabkan keguguran dan kelahiran pramatang.. Anda perlu memastikan sebelum anda memakan sesuatu makanan, anda perlu memanaskan makanan tersebut dahulu untuk mengelakkan jangkitan listeriosis..

          
ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA?? JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA  


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim 
H/P no: 0179563621 / 01115438750 
ID Shaklee: 1085175 

Sunday, September 28, 2014

WANITA AKAN MENYUKAI PRODUK INI

ALFALFA KETATKAN BAHAGIAN INTIM??


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Masalah ini akan merungsingkan wanita yang telah melahirkan anak.. Masalah tersebut ialah vagina mereka akan mula longgar setelah melahirkan anak terutama bagi wanita yang bersalin normal.. Perkara ini akan dilalui oleh semua wanita yang pernah bersalin.. Masalah ini berlaku disebabkan ketika bayi hendak dilahirkan, pelvik akan terbuka untuk memudahkan bayi anda keluar dan dilahirkan.. Ketika berpantang, wanita perlu menitikberatkan penjagaan dalaman mereka malah jika berpantang dengan tok bidan pasti mereka akan menyediakan segala macam jenis jamu untuk di makan.. Namun sekarang, kebanyakan bayi yang baru dilahirkan akan mengalami masalah jaundis dan jika menyusu badan si ibu tidak dibenarkan makan jamu kerana jamu tersebut bersifat panas.. Jadi ini menyebabkan anda tidak dapat untuk meneruskan pemakanan jamu tersebut..

Wanita yang telah habis berpantang pasti akan risau dengan keadaan dalaman vagina mereka ketika mahu bersama suami.. Anda pasti akan. mencuba mencari cara yang dapat menyelesaikan masalah vagina longgar anda.. Sekarang ini banyak cara moden atau tradisional yang dapat anda praktikkan untuk merawat masalah vagina longgar selepas bersalin.. Malah dalam pantang juga anda boleh lakukan mengikut cara tradisional..

CARA TRADISIONAL MERAWAT MASALAH VAGINA LONGGAR


Semasa dalam pantang mahupun sudah habis pantang, anda boleh mengamalkan basuhan bahagian intim menggunakan air rebusan daun sireh dan boleh juga dicampurkan dengan gambir.. Air rebusan ini dapat merawat luka yang dialami ketika bersalin, membunuh kuman-kuman yang menyebabkan kawasan vagina kegatalan dan dapat membersihkan serta menghilangkan masalah keputihan.. Malah air rebusan ini juga dapat membantu mengetatkaj semula vagina anda yang longgar..

CARA MODEN MERAWAT MASALAH VAGINA LONGGAR


Kebiasaannya cara moden ini di ajar setelah anda melahirkan bayi anda.. Cara moden tersebut ialah senaman kegel.. Senaman kegel ini sebenarnya membantu pundi kencing anda agar dapat berfungsi dengan baik, ini kerana setelah anda melahirkan bayi anda berisiko untuk mengalami masalah pundi kencing lemah..

CARA MELAKUKAN SENAMAN KEGEL

Lakukan kemutan seperti anda ingin menahan kencing selama 2 - 3 saat.. Lakukan senaman ini sekerap mungkin ataupun 25 kali sehari dalam 3 kali sehari.. Jangan kecutkan otot perut dan punggung semasa membuat senaman ini..

Namun anda boleh juga mencuba produk shaklee yang dapat mengetatkan balik vagina anda iaitu ALFALFA COMPLEX.. Alfalfa complex sangat digemari oleh semua wanita dimasa kini.. Ini kerana terdapat pelbagai fungsi yang anda boleh perolehi melalui Alfalfa..


FUNGSI ALFALFA COMPLEX


Alfalfa atau Medicago Sativa dan dikenali sebagai 'Raja Segala Tumbuhan' adalah dianggap jamu moden dimasa kini.. Ini kerana fungsinya lebih kurang sama dengan fungsi jamu yang di jual diluar sana..

Alfalfa sangat bagus kepada ibu menyusu bayi kerana Alfalfa adalah milkbooster kepada ibu menyusu.. Alfalfa membantu memperbanyakkan dan membantu dalam penghasilan susu ibu.. Namun bagi ibu berpantang yang anaknya jaundis tidak digalakkan untuk mengambil Alfalfa ini kerana Alfalfa adalah herba dan bersifat panas..

Alfalfa juga membantu dalam mengatasi masalah keputihan yang biasa dialami oleh kaum wanita.. Malah ada juga wanita akan mengalami masalah keputihan yang teruk selepas bersalin.. Selain merawat masalah keputihan, Alfalfa sekaligus membantu mengetatkan kembali vagina anda.. Alfalfa juga dapat membantu menurunkan berat badan anda..


ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA?? JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA  

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim 
H/P no: 0179563621 / 01115438750 
ID Shaklee: 1085175 

BERKELAH DI PANTAI SEPAT

BERSANTAI DI HARI AHAD..


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Sebenarnya telah lama kami sekeluarga merancang untuk berkelah di Pantai Sepat ini.. Akhirnya hari ini berjaya juga rancangan kami untuk berkelah dan bersantai di Pantai Sepat.. Tujuan sebenar kami datang ke Pantai Sepat hari ini adalah untuk tengok kuda dan naik kuda tapi, bila sampai di Pantai Sepat tersebut tiada pula kuda seperti yang diberitahu.. Jadi kami menukar rancangan kami kepada berkelah dan santai-santai sahaja di Pantai Sepat ini.. Bagi yang tidak tahu di mana Pantai sepat ini berada, Pantai Sepat ini berhampiran dengan Tanjung Lumpur yang terkenal dengan makanan ikan bakar.. Terdapat dua jalan yang kita boleh lalu untuk sampai ke Pantai Sepat tersebut iaitu melalui Tanjung Lumpur dan juga Jalan Pekan..

Pantai Sepat ini popular dengan tempat berkelah untuk keluarga-keluarga malah ada juga yang menjadikan Pantai Sepat ini tempat mereka mengadakan Hari Keluarga.. Ida pernah mengikuti Hari Keluarga Askar pada tahun 2007 di Pantai Sepat ini kerana pakcik ida seorang askar dan memang seronok sangat terdapat pelbagai acara yang diadakan di sini.. Di Pantai Sepat ini juga terdapat gerai-gerai yang menjual makanan jadi anda tidak perlu risau akan tempat untuk mencari makanan malah terdapat juga penjual yang menjual pelampung untuk kanak-kanak dan layang-layang.. Sambil santai dan mandi-manda di pantai, anda boleh main layang-layang.. Anak-anak pasti teruja dengan aktiviti ini..

Sesampai sahaja ida di Pantai Sepat ini, Haikal dan Haezhal tidak sabar untuk pergi mandi di pantai.. Sebelum ida benarkan Haezhal mandi ida bagi dia tidur dahulu di atas buaian gantung yang di buat oleh tok ayah dia (ayah mertua ida).. Setelah Haezhal tertidur, Haikal dan ayahnya (fadil, suami ida) turun mandi dahulu.. Antara aktiviti yang diorang buat di pantai tersebut ialah menanam haikal di dalam pasir pantai.. Setelah hampir setengah jam Haezhal tidur, giliran Haezhal pula turun mandi bersama ayahnya.. Gembira sungguh dia orang dapat mandi di pantai.. Ida tak turut serta mandi sebab ida malas nak salin baju..

Giliran ida pula sambung tidur di atas buaian gantung yang Haezhal tidur tadi (seronok juga dapat tidur di atas buaian itu, layu je mata sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.. Dah lama sebenarnya tidak berkelah di pantai, selalu kami berkelah di sungai sahaja.. Nak tahu di mana kami sering berkelah di sungai itu?? Sila klik di sini -> PASIR KUBUR, SUNGAI LEMBING .. Setelah dia orang puas mandi di pantai tibalah masanya kami balik.. Sebelum itu, jom lihat beberapa gambar yang sempat ida rakam ketika berkelah di Pantai Sepat tadi..






sedap haezhal tidur dalam buaian ni..



bagi yang tiada kenderaan untuk datang ke Pantai Sepat ini, boleh datang dengan bas rapid.. bas ini selalu lalu di pantai ini..


haikal ditanam.. masa haezhal di tanam ida tengah tidur, jadi takdela gambar haezhal di tanam..




cantikkan pantai sepat ni..





dah nak balik dah..


ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA?? JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA  

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim 
H/P no: 0179563621 / 01115438750 
ID Shaklee: 1085175 

Saturday, September 27, 2014

MENGAPA ANAK SERING SAKIT??

BAGAIMANA HENDAK ELAKKAN ANAK DARI DISERANG PENYAKIT???


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Ibubapa pasti runsing jika anak sering menghidap penyakit seperti demam, selsema, batuk dan sebagainya.. Pasti akan ada rasa kasihan sekiranya anak yang baru hendak baik atau pulih dari penyakit tersebut, tiba-tiba diserang semula penyakit tersebut.. Kadang-kadang kasihan ketika mahu memberikan ubat kepada anak-anak manakan tidak, setiap kali disuakan ubat kepadanya pasti akan menangis menolak tidak mahu makan ubat tersebut.. Anda pasti berada dalam keadaan tidak selesa juga jika anak sering mengamuk dan merengek malah mahu selalu berada dekat dengan anda..


Untuk mengetahui mengapa anak anda sering sakit, anda hanya perlu memerhatikan apa yang kebiasaannya mereka makan.. Adakah mereka sering makan makanan yang berkhasiat ataupun makanan ringan atau segera?? Sekiranya anak anda hanya mengambil makanan yang berkhasiat kemungkinan badannya sedang melatih untuk melawan jangkitan kuman contohnya jika mereka demam MAKROFAJ iaitu sel 'pembersih' sentiasa terkawal dan apabila mereka menemui bedasing dalam badan kita seperti kuman, virus, fungus dan sebagainya mereka akan membersihkannya sebaik mungkin.. Mereka akan meminta bantuan dan isyaratkan kepada otak supaya menaikkan suhu badan agar dapat meningkatkan sel darah putih dan kimia yang akan membunuh kuman tersebut.. Namun bagi anak yang sentiasa mengambil makanan yang berkhasiat mungkin jarang bagi mereka untuk diserang penyakit melainkan sekiranya mereka mempunyai masalah penyakit yang lain..


Namun sekiranya anak anda sering mengambil makanan segera dan ringan yang banyak mengandungi bahan pewarna dan bahan-bahan lain yang tidak bagus untuk badan malah kurang mengambil makanan yang berkhasiat, tidak mustahil mengapa anak anda sering sakit.. Anak anda tidak mendapat segala nutrisi yang diperlukan oleh tubuh untuk membina sistem imun yang tinggi bagi melawan kuman dan bakteria yang menyerang.. Jika anda mengalami masalah seperti ini, anda perlu kurangkan pemakanan segera anak anda tersebut.. Anda perlu lebih tegas dalam memberi apa yang mereka makan kerana ini akan menjejaskan tahap kesihatan mereka kelak..

ADAKAH TERDAPAT SUPLIMENT YANG MEMBANTU??


Pasti ada kerana supliment dicipta untuk membantu meningkatkan tahap kesihatan bertambah lebih baik berbanding sebelum ini.. Bagi anda yang tercari-cari produk yang bersesuaian, anda boleh mencuba produk shaklee yang dikhaskan kepada kanak-kanak (sebenarnya orang dewasa juga boleh mengambil supliment ini).. Ibubapa boleh mencuba untuk memberi kepada anak-anak mereka untuk merawat masalah anak mereka.. Supliment atau makanan tambahan tersebut ialah MEALSHAKE SHAKLEE yang terkenal dengan makanan tambahan kepada kanak-kanak..

7 FAKTA MENARIK TENTANG MEALSHAKE


1- NUTRISI LENGKAP
Mengandungi 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu yang diperlukan oleh tubuh.. Sekiranya badan kekurangan zat, ia boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita.. Ia turut mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.. Sangat sesuai untuk mereka yang susah untuk menelan pil dan sebarang jenis ubat..

2- BEKALAN NUTRISI
Mealshake kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun, dan lain-lain..

3- TUMBESARAN
Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk tumbesaran.. Sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana mereka sedang dalam proses pembesaran malah dapat menguatkan kekuatan tulang dan sel-sel mereka..

4- ANTI-OKSIDA
Mengandungi vitamin A, C, E, Zink, Selenium yang merupakan agen antioksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.. Sangat sesuai untuk kanak-kanak yang mengalami masalah kulit seperti ekzema..

5- MENGEMBALIKAN SERI WAJAH
Mengandungi vitamin B yang lengkap dengan zat besi dan cooper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat sekaligus memberikan kompleksi wajah atau kulit yang lebih cantik.. Membantu dalam menangani masalah ekzema..

6- DETOKSIFIKASI
Diperkaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.. Sangat sesuai untuk kanak-kanak yang mengalami masalah sembelit kerana diperkaya dengan serat larut..


7- RASANYA YANG SEDAP
Minuman yang lazat dimun bersama fruktosa semulajadi, penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan tenaga.. Tidak mengandungi sebarang bahan pewarna dan gula tiruan.. Perisanya adalah vanilla..

*Mealshake bukanlah makanan tambahan yang digantikan menjadi makanan utama anak-anak.. Mealshake hanya perlu diambil sekali sehari dan diambil 1sudu teh sahaja.. Tidak sesuai untuk kanak-kanak dibawah umur 1 tahun.. Bagi ibu yang ingin memberikan anak mereka mealshake tetapi masih dibawah umur 1tahun, ibu yang perlu minum mealshake tersebut jika masih menyusukan bayi.. Ini kerana, apa yang diminum oleh ibu akan disalurkan kepada bayi melalui penyusuan.. Maka adalah lebih baik ibu yang minum mealshake bagi bayi bawah umur 1tahun dan masih menyusu badan.. Sekiranya anda merasa anak anda telah mengambil hidangan makanan berkhasiat yang mencukupi untuk hari tersebut, anda boleh skip mealshake kepadanya..

Ida juga memberi mealshake kepada anak ida sekiranya anak ida demam.. Anda boleh membacanya disini BAGAIMANA IDA URUSKAN ANAK DEMAM   

                                                   SAYA MAHU BELI MEALSHAKE
            
ANDA MENCARI PENGEDAR DI KAWASAN ANDA?? JOM KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI KAWASAN PENGEDAR SHAKLEE ANDA 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Norhidayah Kasim 
H/P no: 0179563621 / 01115438750 
ID Shaklee: 1085175